11 February, 2011

14 februari

"mama tauka 14 februari tu hari kekasih? org putih gelar "valentine's day" soalan saya kpd mama pada suatu hari, & mama menjawab, " hari kekasih? ada apa dgn hari kekasihtu? " dgn panjang lebarnya saya jelaskan kpd mama pasal "Hari Kekasih" ni & salah satunya sya bgtau dgn mama selalunya pasangan kekasih akan keluar brsama atau datinglah maksudnya... lepas ja mama dgr cerita di sebalik hari kekasihtu mama terus ckp dia x heran kalau orang2 muda zaman skrg ni celabrate valentine's day & turut pesan dgn saya jgn gatal2 mau celebrate hari trsebut sbb kita xtau benda yg akan trjadi atau bila kita keluar dgn pasangan masing2 akan adanya org ke-3, iaitu syaitan yg sentiasa brsama manusia utk menghasut manusia melakukan prkara2 yg x elok apatah lg brdua-duaan dgn org yg bkn muhrim. Hmm..trpulanglah kpd individu masing2 kan sama ada mau celebrate hari kekasih tu atau tidak. Setiap org ada pandangan masing2 ttg hari kekasih positif atau negatif akan datang brsama.
       Kalau dlm majalah pula akan adanya kisah2 prcintaan yg akan dikeluarkan x kisahlah pasal pengalaman brcintaka, brpisah dgn kekasihka & tips bagi "gift" dgn kekasih pun ada & macam2lah lg. Tp x salah kiranya seseorang tu keluar brsama di hari kekasih tu kan & mungkin keluar pun scr kebetulan (mcm saya dulu2 lah..hehe..but now,xdanya mcmtu lg..)
       Oleh krn saya ni suka sharing moment so, saya nak brkongsi sdikit kisah lucu di mana saya sndiri mengalaminya sbg bahan sharing kita terutama bg mereka yg suka lah kiranya tahu ataupun celebrate hari kekasih yg bakal tiba 2 hari lg sbb last nigth kwn saya ada tanya kamu xnak keluar ka dgn bf valentine's day nnt? haiyyaa..sudahla kita xda yg punya blh2nya dia tanya mcmtu lg haii..tp xpala dia bkn tau pun. Ha, blk kpd cerita td..cerita ni pasal saya nak beli present utk my bf sbb dia travel pegi jauh2(ni cerita zaman dulu2 kala ek..) masa beli hadiah tu adala di sebuah kedai jual mcm2 gift la kiranya..tengah saya pilih hadiah yg ngam di jiwa kononnya, saya tgk jg keadaan sekeliling kedai & heran knp ramai sgt org dtg kedai harini (14 feb) jujurnya mmg saya x ingat langsung haritu adalah valentine's day..so, saya pegilah dkt kakak merangkap kwn yg jaga kaunter pembayaran tu saja2 la tegur dia, "hai kak !! ramainya customer kakak harini? " then, kakak tu pula jwb "mmg la..kau tgklah siapa yg dtg, kwn2 kau (costomer) siap bawa dorang punya cewek lg kau pula sorang2". Aik, pelik jg kakak ni hari ckp mcmtu dgn saya..& terus jwb blk "aik, kakak ni mcm xtau ja saya kalau dtg sini mmg sorang2.." "ei kau ni, mmg ketinggalan zaman la kan hari ni valentine's day, jd dorang dtglah sini beli hadiah utk cewek masing2.." semua customer yg dtg pun senyum tgk saya ada jg yg ketawa sbb dgr prbualan kami maklumlah kedai tu kecik ja semua org blh dgr kalau bckp. "alamak,eii malunya..! kakak ni pun kalau bckp cover line lah sikit.." kakak tu pun apa lg ketawakan saya jg lah & then saya pun cover lain blk "ala kak, saya dtg sini pun sbb mau beli hadiah present utk si dia..mau bg surprise xkan mau bawa dia skali kan? " hah, barulah kakak tu trdiam hehe..cover line saya mnjadi jg akhirnya. Saya malu bkn sbb xda bawa bf tp malu sbb xtau langsung valentine's day.Ha, mcmtu lah ceritanya..kalau kwn2 yg ada cerita lbh kurang sama dgn sya blh kita share ya..cerita pasal hal lain pun blh..
       Well, apa yg saya nak kongsi di sini CINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM MENCINTAI ORANG LAIN. kita sering buat sesuatu utk org yg kita cintai ttp jarang utk diri sendiri bagi mereka yg sedang atau pernah brcinta. kadang2, kita x ingat langsung telah byk benda yg kita lakukan utk org lain tmasuklah brkorban, tap pernahkah anda berkorban utk diri sendiri. Senang cakap lah kalau kita lakukan byk prkara utk diri kita sendiri trlebih dahulu trmasuk kebahagian diri, maka secara x langsung ianya akan memberi kesan kpd org lain atau kita akan turut menyenang dan membahagiakan org lain jugak. Memang terasa indah bila menyayangi dan disayangi oleh seseorang. Namun, bila dikecewakan oleh org yg disayangi segala rasa indah, sayang, gembira tu brtukar jadi marah,sedih,kecewa, benci dan mungkin ada jg yg berdendam. Meletakkan perasaan cinta dan kasih kpd Allah s.w.t dan Rasul-Nya terlebih dahulu adalah lebih baik kerana perasaan kpd-Nya tidak pernah melukakan hati dan perasaan kita sebagai hamba-Nya & DIA jg x  pernah melukakan hamba2-Nya. So, renung2kan lah....

10 February, 2011

insan yang bergelar ibu dan ayah

Selalukah anda membayangkan apa perasaan ibu dan ayah anda tatkala anda berjauhan dari mereka? kedua-dua insan ini sentiasa bergelumang dengan pelbagai perasaan apabila berjauhan dengan anak-anak. "Bimbang, sedih, gementar" bercampur-aduk dan itulah yang dirasakan tatkala anak-anak tidak ada di depan mata.
     Persaan sayang terhadap anak-anak tidak pernah lekang di hati dan persaan itu jugalah yang membuatkan ibu dan ayah sering memberi peringatan dan nasihat kepada anak-anak "jangan buat begitu", "jangan buat begini", "belajar rajin-rajin" dan macam-macam lagi pesanan yang mereka sering ungkapkan. Namun, sesetangah mereka yang bergelar "anak" ada kalanya merasa perkara tersebut membosankan umpama telinga sudah jemu mendengar kata-kata yang sama pada kerap kalinya. Adakah anda terfikir kata-kata ataupun pesanan mereka itu suatu hari nanti juga adalah ungkapan yang sama apabila anda bergelar ibu dan ayah? tidak mustahil suatu hari nanti anda akan mengucapkan kata-kata yang sama terhadap anak-anak anda kerana itulah yang sentiasa dilakukan oleh insan yang bergelar ibu dan ayah.
      Saya ingin berkongsi satu cerita antara si ibu dan anak perempuannya, yang pernah diceritakan oleh seorang teman:
ibu    : nak, kalau sampai asrama nanti jangan lupa telefon mummy ya?
anak : yala...
ibu    : dengarkah ni mummy pesan?
anak : dengarlah ni mummy...x payahlah kasitau banyak kali..
ibu    : mummy sengaja kasitau banyak kali nanti kamu lupa pula..kalau kamu ada di tempat mummy kamu   
          pun akan cakap macamtu juga. Takkan kamu mau dengar anak-anak kamu jawab macamtu kalau
          kalau kamu sudah ada anak nanti?
si anak terus terkedu dan tidak tahu apa lagi yang perlu dijawab kepada ibunya setelah mendengar luahan si ibu sebentar tadi. Setelah mendengar cerita tersebut, hati saya tersentap dan cuba membayangkan sekiranya saya berada di posisi si ibu tadi, sudah tentu timbul persaan sedih,marah dan kecewa kerana pesanan kita sebagai seorang ibu yang amat menyayangi anaknya dianggap perkara yang remeh dan membosankan.
       Cerita tersebut sentiasa jadi panduan kepada saya untuk sering mengingatkan diri agar sentiasa menghormati ibu atau si ayah yang telah banyak berkorban dalam apa jua aspek sama ada kita sedari ataupun tidak.