10 February, 2011

insan yang bergelar ibu dan ayah

Selalukah anda membayangkan apa perasaan ibu dan ayah anda tatkala anda berjauhan dari mereka? kedua-dua insan ini sentiasa bergelumang dengan pelbagai perasaan apabila berjauhan dengan anak-anak. "Bimbang, sedih, gementar" bercampur-aduk dan itulah yang dirasakan tatkala anak-anak tidak ada di depan mata.
     Persaan sayang terhadap anak-anak tidak pernah lekang di hati dan persaan itu jugalah yang membuatkan ibu dan ayah sering memberi peringatan dan nasihat kepada anak-anak "jangan buat begitu", "jangan buat begini", "belajar rajin-rajin" dan macam-macam lagi pesanan yang mereka sering ungkapkan. Namun, sesetangah mereka yang bergelar "anak" ada kalanya merasa perkara tersebut membosankan umpama telinga sudah jemu mendengar kata-kata yang sama pada kerap kalinya. Adakah anda terfikir kata-kata ataupun pesanan mereka itu suatu hari nanti juga adalah ungkapan yang sama apabila anda bergelar ibu dan ayah? tidak mustahil suatu hari nanti anda akan mengucapkan kata-kata yang sama terhadap anak-anak anda kerana itulah yang sentiasa dilakukan oleh insan yang bergelar ibu dan ayah.
      Saya ingin berkongsi satu cerita antara si ibu dan anak perempuannya, yang pernah diceritakan oleh seorang teman:
ibu    : nak, kalau sampai asrama nanti jangan lupa telefon mummy ya?
anak : yala...
ibu    : dengarkah ni mummy pesan?
anak : dengarlah ni mummy...x payahlah kasitau banyak kali..
ibu    : mummy sengaja kasitau banyak kali nanti kamu lupa pula..kalau kamu ada di tempat mummy kamu   
          pun akan cakap macamtu juga. Takkan kamu mau dengar anak-anak kamu jawab macamtu kalau
          kalau kamu sudah ada anak nanti?
si anak terus terkedu dan tidak tahu apa lagi yang perlu dijawab kepada ibunya setelah mendengar luahan si ibu sebentar tadi. Setelah mendengar cerita tersebut, hati saya tersentap dan cuba membayangkan sekiranya saya berada di posisi si ibu tadi, sudah tentu timbul persaan sedih,marah dan kecewa kerana pesanan kita sebagai seorang ibu yang amat menyayangi anaknya dianggap perkara yang remeh dan membosankan.
       Cerita tersebut sentiasa jadi panduan kepada saya untuk sering mengingatkan diri agar sentiasa menghormati ibu atau si ayah yang telah banyak berkorban dalam apa jua aspek sama ada kita sedari ataupun tidak.