10 March, 2011

Mesilou vs New Zealand

25 Februari 2011
Program Anak Angkat pelajar Kerja Sosial tahun akhir akhirnya berlangsung juga. Lebih kurang jam 12 tengah hari trip kami tiba di pekan Kundasang, dan sampai ja kami diturunkan oleh uncle yang drive bas UMS haritu..cayalah uncle memang rock!!..tapi badan & kepala terasa lenguh sebab tidur dalam bas badan pun tidak stabil la jawabnya.
Well, apapun perasaan excited mengatasi segalanya bila nampak Gunung Kinabalu yang tersergam indah yang menghiasi daerah Kundasang. Kitaorang nak sangat pegi Pekan Kundasang tu sebab time tu la pasar tamu Kundasang tapi tak boleh sebab ibu bapa angkat kitaorang on the way nak ambil kami bawa ke Mesilou dah..lagipun budak2 lelaki tu semua nak pegi solat jumaat kan..
Bila masuk ja ke kawasan Mesilou tu, dalam hati kata "wah,Mesilou yang dulu" sebab teringat 8 tahun lalu holiday dengan family angkat & kawan2.
ha, sampai ja Kg.Mesilou tu apa lagi "gengs jom turun!!" memang excited betul kami time tu sampai tak peduli budak2 kecik yang lambai2 tangan dengan kami. Ambil gambar tu dah perkara wajib & lecturer pengiring( sir peter) kami pun tak dapat nak cakap apa-apa lagi biarlah dulu budak2 ni tak pernah nampak Gunung Kinabalu la katakan..takpa la sir kawan2 dari Semenanjung ni bukan selalu pegi sini..lepas dengar taklimat dari sir Peter jam2 p.m mesti kumpul balik di markas. So, bolehla kami ronda2 jap di kampung yang cantik tu..pehh, sejuk betul la macam di negara2 sejuk Dewi kata hehe..perut sentiasa terasa lapar kalau di tempat yang sejuk kan so, perut suda berbunyi lapar jadinya saya, Farah & Dewi singgah jap di gerai makan soto panas & milo panas!!
sementara tunggu makanan siap, ambil gambar la apa lagi..di gerai tu banyak kucing tau jadinya tangan tak boleh duduk diam, geram tengok kucing2 yang comel terus la tangkap gambar diorang. Macam pandai posing ja kucing2 tu hehe..
"Dewi, Farah jom ronda2 lagi" ayat pertama keluar dari mulut lepas makan.Hoho..biasalah kalau mau simpan kenagan yang banyak ambilah gambar sebanyak yang dapat.
time ronda2 kampung Farah tanya sini takda sungai ka tapi kalau ada mesti sejuk kan, tak sampai 15 saat kami bertiga nampak sungai di sebalik pokok2 bunga yang menutup kawasan sungai tu. Farah & Dewi apa lagi tak sabar mau terjun ke sungai tu, tapi sebelum turun sungai bunga orkid di situ memang menggoda jiwa tak boleh tahan & then tangkap gambar saya dulu sebelum you all terjun okey..
macam tak percaya ja tengok kawasan sungai tu memang cantik sangat la..macam dalam gambar lukisan pun ada jugak.aiyyooo..sejuknya air sungai tu sampai ke tulang rasa
sepanjang kami le tour de kg.Mesilou tu ada sorang pacik kecik(Hairi namanya) yang sentiasa jadi co-pilot kami tau best jugak budak kecik tu pandai becerita, tengah si Dewi ambil gambar si Hairi tu pulak datang menyibuk, "kakak, saya pun mau gambar jugak boleka?" hehe ambil ja la Dewi..kenangan tu..
tapi kitaorang tak dapat lama2 di sungai tu sebab sejuk tak boleh tahan langsung patutla takda orang mandi just ambik gambar ja la.Tepat jam2 petang kitaorang semua berkumpul di markas untuk pembahagian keluarga angkat sambil tu Sir Peter belanja pisang goreng panas "wah sedap giler la" kata budak2 ni jadi tak heranla ramai orang datang gerai di markas tu beli pisang goreng kakak yang jual kat situ.Lepas ja pembahagian keluarga angkat kami terus dibawa oleh family angkat masing2 ke rumah.Then malam tu takda apa2 sangat just clear dewan untuk aktiviti esoknya.Badan pun rasa penat so, sir Peter suruh kitaorang balik rumah berehat sebab esok kena bangun awal.
26 Februari 2011
buka ja mata pagi tu terus buka tingkap ambil gambar Gunung Kinabalu yala time pagila G.Kinabali jelas boleh nampak.Subhanallah..besarnya ciptaan Allah s.w.t yang dianugerahkan kepada makhluknya.
Sepatutnya hari ni ada senaman pagi tapi tak dapat jalan sebab keadaan time tu terlalu sejuk sir peter pun tak boleh tahan hehehe..so kami terpaksa terus buat aktiviti di dewan untuk kanak2 & rehearsal untuk persembahan malam kebudayaan.Ha,saya jadi penari pula untuk malam persembahan tu.rasa malu jugak menari sebab lama tak praktis sejak masuk UMS tu pun sepanjang di UMS hanya berapi kali ja menari. Sebelah petang pula aktiviti sukaneka untuk kanak2 & pertandingan bola tampar antara kitaorang & orang kampung. memang happy betul la jadi riuh rendah di padang time tu.lepas habis aktiviti tu semua saya & kawan2 pegi ronda lagi di kawasan kampung tapi kali ni dekat kawasan sekolah sebab view kat situ sangat cantik & banyak bunga kebetulan time tu musim bunga di Mesilou so banyakla bunga2 mekar yang tumbuh di merata tempat termasukla bunga Daisy(my favourite flower)
Jam 5.30 petang kitaorang balik rumah masa untuk makan malam.Mummy & daddy siap buat BBQ untuk kami rasa terharu pula kami berempat.Lepas makan derss up lawa2 terus pegi dewan kejap lagi acara bermula sampai giliran kitaorang buat persembahan terasa nervous habis la jawabnya yala first time perform depan kawan2 satu course & sir peter pulak tu.haisyyh..takpala masa kan berlalu cepat sampai tak terasa perform lama depan orang ramai tapi menari dalam kedaan sejuk kaki macam jadi kejang sebab badang semua kena goyang bgerak pantas & duduk separuh aduh..tak dapat digambarkan keadaan selepas perform tu terus la balik rumah, then tdur...
27 Februari 2011
hari terakhir di Mesilou masa berlalu pantas terasa sedih pula nak balik UMS haritu. Sebelum balik kami semua dibawa oleh family angkat masing2 untuk melawat ke Mount Kinabalu Golf Club,kebun2 sayur,ladang cendawan, ladang kambing & destinasi terkahir ke Dairy Farm(ladang tenusu lembu) yang digelar 'DESA' oleh penduduk kampung.Naik Land Cruser Daddy sambil berdiri di belakang ramai dengan kawan2 & adik2 angkat bagi kami kenangan yang tak boleh dilupa.
tiba di Mount Kinabalu Golf Club terasa diri seakan berdiri di sebelah Gunung Kinabalu dan dapat berpeluang makan 'raspberry' & strawberry' lagi.
Sampai destinasi terakhir (Dairy Farm)ha,di DESA ni lah terasa macam dekat New Zealand bagi siapa2 yang berkunjung ke situ.Dapat minum susu lembu free lagi tau.kami berpeluang melihat sendiri susu lembu diproses walaupun takla besar sangat kilang pemprosesan susu lembu tapi tetap puas tengak depan mata sendiri kan kawan2..boleh juga beli susu & t-shirt kat situ tapi cepat2 minum lah kalau nak rasa susu lembu fresh sebab susu lembu di situ boleh tahan 4 jam ja tau.Sambil2 tu ambil gambar jugak la untuk kenangan sendiri bersama kawan2 & keluarga angkat.
malangnya saya tak pandai sangat mnium susu lembu ni bau dia kuat so, minum sikit2 ja la..lepas minum susu ramai2 ronda2 kawasan ladang lembu sambil gambar part terakhir kami sebelum meninggalkan DESA.ada jugak yang beli susu lembu..family angkat kami pula belanja kami susu lembu berperisa coklat sebab perisa coklat mungkin saya boleh minum sebab tak terasa sangat. Heheh..thanks a lot mummy and daddy..we all love you so much.
masa sudah tiba untuk berangkat pulang ke rumah masing2 jam2 petang masa untuk balik UMS dah..selamat tinggal DESA!!
Jam 1 petang semua berkumpul di markas untuk pembahagian cenderahati kepada family angkat kitaorang dan say good bye kat adik2 angkat kitaorang.Jam 2 petang bertolak ke Pekan kundasang sebab driver bas UMS dah nak sampai dah tapi sementara tunggu tu sempat lagi kitairang pegi ronda2 pekan Kundasang untuk beli buah tangan & makanan dalam bas nanti.Banyak buah-buahan yang dijual sebab kata makcik yang jual buah tu musim buah & musim bunga agak serentak so boleh beli buah & bunga sekali hehe..
dari jauh sudah kelihatan kelibat bas UMS yang mengangkut kami balik ke UMS.Tepat jam3 petang masa untuk say good bye kepada family kitaorang & semua dah memenuhi ruang bas.BYE MESILOU! BYE KUNDASANG! BYE MUMMY DADDY! BYE SEMUA!!!

No comments:

Post a Comment